Sebanyak lima kes kemalangan maut membabitkan enam kematian direkodkan di Kedah selepas dua hari pelaksanaan Ops Selamat ke-16 Sempena Tahun Baharu Cina 2020 yang bermula semalam hingga 1 Feb depan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Supt Chuah Seong Lim berkata dua kes dicatatkan di Kulim, manakala satu kes masing-masing di Kota Setar, Langkawi dan Kuala Muda.
"Semua kes kemalangan maut ini melibatkan motosikal dan kebanyakkannya berpunca daripada kecuaian sendiri. Kita telah mengenal pasti 37 lokasi panas yang sering berlaku kemalangan jalan raya di Kedah dan akan memberi lebih tumpuan di kawasan itu," katanya kepada pemberita semasa meninjau pelaksanaan Op Selamat di Jalan Sultanah Bahiyah di sini, hari ini.
Menurutnya 820 saman lalulintas dikeluarkan dalam tempoh dua hari operasi yang membabitkan enam kesalahan utama yang dikenal pasti menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat, memotong barisan dan menggunakan alat komunikasi.
Sementara itu di Kuantan, Pahang, Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam Ops Selamat tahun ini, polis Pahang akan turut memberi tumpuan kepada usaha membanteras kegiatan Mat Rempit, ekoran kegiatan itu dilihat kini semakin berleluasa, dan banyak melibatkan golongan muda termasuk pelajar sekolah.
"Fokus kita di jalan raya bukan hanya mereka yang melakukan kesalahan jalan raya, tetapi kepada golongan mat rempit yang cenderung menunggang motosikal secara berbahaya termasuk ada yang tidak mempunyai lesen yang sah.
"Ada juga yang mengubahsuai motosikal tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan selain membuat bunyi bising sehingga menganggu ketenteraman awam," katanya selepas melancarkan Op Selamat 16 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.
Turut hadir Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Pahang Datuk Abdul Aziz Salleh dan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali.
Mohd Yusri turut menasihatkan ibu bapa untuk memantau pergerakan anak-anak dan tidak membenarkan motosikal mereka digunakan oleh individu yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 19 2020
Anggota Polis Trafik memeriksa dokumen perjalanan peribadi penunggang motorsikal pada Penguatkuasaan Op Selamat di Lebuhraya Sultanah Bahiyah di hadapan Sekolah Agama Kedah hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga remaja tidak pulang rumah selepas keluar ke kelas silat
Tiga remaja dikenali sebagai Valensia Mail, 15; Roxanne Abbygail Richard, 13, dan Christivy Holyen Hamdy, 13, dilaporkan keluar dari rumah mereka di Kampung Kaingaran pada jam 7.30 pagi.
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Mohd Mahiri dilantik Ketua Trafik Kedah baharu
Superintendan Mohd Mahiri Hussain dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kedah yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Lelaki maut kemalangan depan IPK Kedah
Kejadian jam 11.30 pagi itu turut melibatkan sebuah kereta dipandu seorang pegawai awam di IPK Kedah.
Sindiket judi kaut keuntungan hampir RM1 juta tumpas
Polis Kedah menahan empat individu kerana disyaki terbabit menjalankan kegiatan perjudian atas talian dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di daerah Kuala Muda, pada Sabtu.
3 anggota polis antara 6 ditahan larikan peti besi mengandungi RM400,000
Ketiga-ketiga mereka yang berpangkat sarjan dan dua koperal itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di daerah Kota Setar dalam serbuan pada Rabu dan Jumaat.
Samun: Geng Farid Kancil Silver tumpas
Empat suspek mengaku melakukan kegiatan ragut dan samun manakala seorang lagi hanya mendakwa bahawa rumahnya dijadikan 'port' menghisap dadah.
Polis tahan dua lelaki memandu dalam keadaan mabuk
Dua lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di dua lokasi berasingan di sekitar daerah Kota Setar.
Enam kematian di Kedah dalam tempoh dua hari Ops Selamat
Sebanyak lima kes kemalangan maut membabitkan enam kematian direkodkan di Kedah selepas dua hari pelaksanaan Ops Selamat ke-16 Sempena Tahun Baharu Cina 2020 yang bermula semalam hingga 1 Feb depan.
Rompakan di kedai emas, lima dulang barang kemas dilarikan
Satu kejadian rompak telah berlaku di kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar pada Isnin.
Mayat lelaki berlumuran darah ditemui di tepi jalan
Pekerja ladang terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang berlumuran darah.